TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK
TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK
sumber:google
- Anak-anak susah makan makanan berkhasiat?
- Susah hati anak-anak ''pick eater''? Sangat memilih makanan.
- Anak suka sangat makan manis, jajan, & makanan segera.
- Tak suka makan sayur dan buah.
- Kerap alami masalah sembelit.
- Berat badan anak tidak normal (kurang berat badan / obesiti)
Ibu ayah mana tak susah hati bila berlaku masalah ini pada anak kan?
Pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal anak (terlalu kurus, obesiti, gigi rosak), malah kekurangan nutrisi juga memberi kesan pada emosi dan perkembangan otak anak.
Pernah terfikir tak kenapa anak mudah sangat tantrum, kurang tumpuan, hiperaktif dan panas baran?
Yes! Makanan ringan yang mengandungi pewarna tiruan, gula berlebihan dan perasa tiruan adalah puncanya.
Sumber artikel : Mingguan Wanita
TIPS KENALKAN MAKANAN SIHAT
1. Semasa anak betul-betul lapar, bagi makan nasi/ makanan berat dulu, bukan susu.
-Tips ni sangat berkesan pada anak saya. Terutama lepas bangun tidur, anak tengah betul-betul lapar, kita bagi makan nasi/mi/roti/ makanan berat.
- Lepas 1 jam makan/ bila dia minta susu, baru bagi. Jangan biasakan dengan susu bila dia lapar, nanti bila lapar, dia lebih cenderung minta susu berbanding makanan.
2. Jangan kenalkan!
Jangan kenalkan anak dengan jajan dan makanan manis. Selagi anak tak tau kek/kuih manis-manis tu sedap jangan bagi makan. Selagi anak tak pernah tahu, keropok jajan tu sedap, jangan pandai-pandai bagi rasa,
- Selalu orang kata, alah takpe..bagi makan sikit je. Takkan effects apa-apa pun pada badan anak. Yes, mungkin pada badan yang tiada masalah (alahan), takkan efek apa-apa. Tapi kita jangan lupa, otak dan sistem badan anak sudah 'lock memory' tentang makanan yang dia rasa dengan maklumat 'sedap', jadi jangan terkejut kalau anak jadi ketagih nak makan benda-benda manis dan sedap di lidahnya sahaja. Dan seterusnya akan membuatkan anak menjadi 'pick eater' , terlalu memilih makanan.
3. Hidangkan makanan secara kreatif dan menarik.
-Kalau kita perasan, packaging jajan/gula-gula/candies semua striking, macam-macam bentuk dan warna -warni.
Agak-agak kenapa? Tujuannya adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak yang mudah tertarik dengan objek yang menarik dan warna-warni. Jangan kata budak, mak pak budak pun jadi teruja nak beli.
Jadi, untuk buat anak tertarik dengan makanan berkhasiat yang kita sediakan, kita pun cuba jadikan hidangan tu menarik.
Contoh : Hias nasi dan lauk secara warna-warni, buat bentuk panda ke, kucing. Sayur boleh buat bentuk pokok, kura-kura. Mesti anak suka kan?. Idea boleh google je. Bekas/acuan pun boleh cari kat kedai atau beli online, contohnya, di Bento Craft .
Untuk idea Bento, boleh klik kat sini : Idea Bento
.
4. Makan bersama anak.
Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya sekali sehari untuk 1 keluarga makan sama-sama. Selalunya kalau makan ramai-ramai , anak akan lebih berselera.
Bila makan sama-sama, mudah untuk kita terapkan amalan makan makanan berkhasiat. Waktu makan, banyakkan sesi sharing dengan anak, contoh kita boleh cakap macam ni:
''Anas tahu tak, makan buah orange ni, bagus tau. Tinggi vitamin C, bantu kuatkan sistem badan kita. insyaAllah, nanti kita susah nak kena selsema. Anas pun tak suka selsema, nak tidur pun susah kan?".
" Carrot bagus untuk mata tau. Kalau rajin makan carrot, mata sihat, sebab dalam carrot ni ada sumber vitamin A yang bagus untuk mata."
Kalau macam saya sendiri dulu, teruja nak makan Spinach(bayam) sebab nak jadi kuat macam Popeye The Sailorman! Pengaruh kartun punya pasal.
Selain tu, bagi galakan dan pujian bila anak berjaya habiskan makanan yang kita sediakan. Kita tepuk tangan, puji dan tunjuk reaksi teruja untuk pancing perhatian anak.
Jangan kita suruh anak makan sayur, kita pulak relax je makan potato chips depan dia. Ingat, "children learn more from what you are than what you teach".
.
Pesanan penting! : Bagi anak yang masih belum terdedah dengan makanan ringan/jajan/makanan segera:
1. Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan jajan, keropok, aiskrim.
2. Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan air-air manis. BILA DAH MULA sekali, akan ada kali kedua, ketiga keempat dan seterusnya.
3. Pergi kedai jangan biasakan diri membeli jajan untuk anak-anak. Gantikan dengan bagi snek yang lebih sihat seperti buah, roti atau biskut.
Ingat!
Makan sihat, badan selamat :)
Selamat berjuang!
Penulis:
Siti Humairah Harun
Agen Edutoys & Edubooks.
Ibu & Tutor sambilan.
(WAHM)
1. Mingguan wanita
2. Wanita Hari Ini
3. Sharing dari Facebook : Puan Zai
Post a Comment